Archive for April, 2010

AirAsia perluas operasi bandar utama Asean

AIRASIA Berhad (AirAsia), syarikat penerbangan tambang murah, mengorak langkah memperluaskan penerbangan ke negara Asean dalam usaha menyediakan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan.

Pengerusinya, Datuk Aziz Bakar berkata, sehubungan itu syarikat berkenaan membuat permohonan kepada pihak berkuasa berkaitan untuk mengadakan penerbangan ke hampir semua bandar utama di negara-negara berkenaan.
“Kita sudah mengemukakan permohonan itu mengikut prosedur ditetapkan,” katanya selepas menyambut ketibaan 165 penumpang penerbangan pertama AirAsia dari Chennai ke Pulau Pinang di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas di Pulau Pinang, semalam,” katanya.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/AirAsiaperluasoperasibandarutamaAsean/Article

In 9M-NRK (Diamond-40)

I was informed by one of my batchmate to come to hangar for “backseat” his sortie as requested by my instructor.Well, to famil myself again after quite some time not flying. I went to groundschool as usual before I received his SMS around 2PM.Quite a walking distance from groundschool to hangar..huhu

Kota Bharu Control Tower

So I backseated him and we were safely airbone around 3.30PM after about 10mins hold on ground.

We went to Bachok training area, 1500ft initially and climb to 2000ft. Well, I can say, I was amazed by the weather during that time; subhanallah

Clouds that made me amaze

But our flight was not so bumpy.After almost 45mins, Capt Myo requested to rejoin to land.Unfortunately, we have to hold again at KB Town around 15mins and again hold mid-downwind for a quite sometime due to MAS and AirAsia Takeoff and Landing.

Safely landed after 1HR 15Mins airbone =}

and again…”hold” on ground waiting for the bus until 7PM!!huhu

If you have any issues pertaining to the distribution of the recorded video, please do inform by using comment box

A sneak peek of the great mothernature

Pictures taken at Sultan Ismail Petra Airport, Kota Bharu @ 2.45PM

Firefly tawar diskaun 30 peratus

FLYFIREFLY Sdn Bhd (Firefly), syarikat penerbangan komuniti, menyediakan tawaran menarik menerusi kempen ‘The Special Faceoff Domestic and Regional Promotion’ apabila menyediakan diskaun sehingga 30 peratus bagi semua tempat duduk penerbangannya kecuali penerbangan ke Thailand khusus untuk pelanggan yang mendaftar sebagai peminat syarikat berkenaan di laman sosial, Facebook.

Promosi yang berlangsung mulai semalam hingga 8 Mei ini membabitkan jadual perjalanan antara Julai dan Ogos depan.
Ketua Pemasaran dan Komunikasi Firefly, Angelina Fernandez (gambar), berkata untuk menikmati tawaran istimewa itu, peminat Firefly di Facebook perlu membuat tempahan secara dalam talian sekurang-kurangnya 30 hari sebelum berlepas.
“Melalui promosi istimewa Faceoff ini, pelanggan berpeluang menikmati kadar berpatutan dengan hanya membayar RM60 untuk ke Terengganu, Langkawi (RM75), Singapura dan Medan (RM110).
“Bagi penerbangan ke Pulau Pinang, pelanggan hanya perlu membayar RM55 dan Alor Star (RM66). Promosi ini eksklusif kepada mereka yang mendaftar sebagai peminat Firefly di Facebook dan tempahan berdasarkan siapa cepat dia dapat,” katanya dalam satu kenyataan media di Subang Jaya, semalam.
Menurutnya, tawaran promosi itu disifatkan sebagai cara Firefly menyediakan pelanggan pilihan perjalanan lebih selesa.
“Promosi ini juga sebagai menghargai 24,000 peminat Firefly di Facebook. Bagi yang belum mendaftar, tetapi ingin menikmati tawaran ini, anda hanya perlu melayari ke http://www.facebook.com/fireflyz dan mendaftar sebagai peminat Firefly,” katanya.
Beliau berkata, pembelian tiket Firefly ke semua destinasi membabitkan peminat Firefly melalui laman sosial itu menunjukkan peningkatan ketara.
“Kini, lebih ramai peminat Firefly di Facebook memilih untuk terbang bersama kami berikutan pelbagai tawaran menarik dengan kadar promosi kompetitif yang disediakan,” katanya.

Dengan memilih Firefly, pelanggan memperoleh keselesaan untuk terbang dari lapangan terbang dalam bandar, tidak perlu berasak-asak untuk mendaftar masuk, dibenarkan membawa muatan beg untuk didaftar masuk sehingga 20 kilogram serta menikmati pelbagai kemudahan lain tanpa sebarang caj tambahan.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Fireflytawardiskaun30peratus/Article

MASwings tamat khidmat pesawat Fokker 50 di Sabah, Sarawak

KOTA KINABALU: MASwings mengumumkan penamatan perkhidmatan pesawat Fokker 50 (F50) di Sabah dan Sarawak, berkuatkuasa hari ini. Pengerusi Malaysia Airlines, Tan Sri Mohd Munir Majid, berkata ia susulan berakhirnya proses menggantikan semua lapan pesawat F50 dengan 10 unit pesawat ATR72-500.

Fokker 50 yang akan ditamatkan servisnya

Katanya, program penggantian pesawat itu membabitkan pelaburan berjumlah RM700 juta, sekali gus mencerminkan komitmen Malaysia Airlines dalam mengukuhkan perkhidmatan pengangkutan udara di kedua-dua negeri itu. Beliau berkata demikian di sini, hari ini.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/MASwingstamatkhidmatpesawatFokker50diSabah_Sarawak/Article

3 maut pesawat kargo terhempas

MEXICO, Philippines: Tiga warganegara asing maut apabila pesawat kargo buatan Rusia terhempas di kawasan bendang tanaman padi di Filipina. Tiga lagi krew yang berada di pesawat itu terselamat. Menurut penyiasat kejadian, Jose Pedregosa, pesawat empat enjin Antonov 12 sedang bersedia untuk mendarat di Lapangan terbang Antarabangsa Diosdado Macapagal berhampiran bandar Mexico lewat malam tadi apabila dikatakan mengalami kerosakan elektrikal yang menyebabkan kebakaran. Pedregosa memberitahu agensi berita AFP, pesawat itu bagaimanapun gagal dikawal lalu terhempas di kawasan sawah padi, kira-kira 20 kilometer dari lapangan terbang dan lebih kurang 90 kilometer dari ibu kota Manila.

“Tiga penumpang seorang warga Rusia dan dua warga Uzbekistan terbunuh dalam kejadian itu. Tiga lagi krew pesawat yang terputus dua itu bagaimanapun berjaya diselamatkan oleh penduduk tempatan yang bergegas ke tempat kejadian,” katanya. Menurut Pedregosa, pasukan penyiasat sudah menjumpai kotak hitam pesawat terbabit untuk dijadikan bahan bukti oleh penguatkuasa udara awam di Manila. – AFP

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/3mautpesawatkargoterhempas/Article

Syarikat penerbangan kerugian melebihi AS$1.7 bilion: IATA

BERLIN: Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) berkata gangguan perjalanan udara Eropah susulan kejadian awan hitam gunung berapi baru-baru ini menyebabkan industri itu mengalami kerugian sekurang-kurangnya AS$1.7 bilion.

IATA berkata, syarikat penerbangan mengalami kerugian perolehan AS$400 juta setiap hari bagi tempoh tiga hari pertama.

Ketua eksekutif kumpulan, Giovanni Bisignani, berkata skala gangguan itu adalah lebih buruk berbanding 11 September 2001, iaitu serangan pengganas di Amerika Syarikat (AS). Beliau berkata, ada satu ketika 29 peratus daripada penerbangan global dan 1.2 juta penumpang terjejas akibat arahan penutupan ruang udara oleh kerajaan, kerana bimbang risiko awam debu hitam itu terhadap pesawat. – AP

The Aviator.

APFT newsletter

MAS tambah penerbangan bawa pulang rakyat terkandas di Eropah

Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) akan menambah penerbangannya ke Rom bagi membawa pulang rakyat negara ini yang terkandas di Eropah, berikutan letusan gunung berapi di Iceland yang menyaksikan sejumlah lapangan terbang di benua itu ditutup. Kenyataan Wisma Putra hari ini berkata pihak berkuasa penerbangan awam Perancis telah menjalankan penerbangan ujian di beberapa koridor pagi ini bagi memastikan tahap keselamatan. “Jika penerbangan itu berjaya dan tidak ada kerosakan pada pesawat, agensi itu akan membenarkan sejumlah pesawat untuk terbang ke lapangan terbang Paris-Charles de Gaulle dan Paris-Orly tetapi hanya dari arah selatan Perancis, bermakna penerbangan jarak dekat,” kata kenyataan itu.

Kenyataan itu berkata, keutamaan agensi itu adalah penerbangan tertunda bermula dengan penerbangan jarak dekat diikuti serantau dan akhirnya penerbangan jarak jauh yang hanya dibenarkan memasuki ruang udara Paris menerusi arah tenggara Perancis. Kenyataan itu berkata, penerbangan MH 7015 akan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Rome-Fiumicino menghala ke Kuala Lumpur pada pukul 1.40 petang, Khamis ini.

Kedutaan Malaysia di Paris kini membuat persediaan untuk rakyat Malaysia yang terkandas di Perancis mendapatkan tempat dalam penerbangan itu serta mengatur bas sewa khas bagi membawa mereka ke Rom dan akan bertolak dari Trocadero pada jam 10.30 pagi esok. Untuk maklumat lanjut rakyat Malaysia yang juga penumpang MAS boleh menghubungi Ridduan Mohd Noor di talian +336 4334 2493. -Bernama

Pesawat terhempas mahu tanya arah jalan

MOSCOW: Sebuah pesawat kecil terhempas apabila juruterbangnya yang tersesat haluan, mendaratkannya di sebuah ladang semata-mata mahu menanyakan arah jalan kepada seorang pemandu traktor yang sedang bekerja tidak jauh dari situ.

Agensi berita RIA-Novosti melaporkan dalam kejadian di Stavropol, sebuah kawasan terpencil selatan Russia, juruterbang terbabit bertindak terbang rendah selepas dia hilang arah sebelum ternampak pemandu traktor di bawah.

“Dia cuba mendaratkan pesawatnya tetapi pesawat itu tergesel bumbung traktor dan terhempas,” lapor agensi berita itu. – AP

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Macam-Macam_Pesawatterhempasmahutanyaarahjalan/Article

« Previous entries