3rd International Hot Air Balloon Festival

It has been a while since my last writing in Bahasa Melayu. This time, I will “report” from Putrajaya in Bahasa Melayu.

Fiesta belon udara panas peringkat antarabangsa yang ke-3, telah diadakan di Presint 2, Putrajaya. Program tersebut telah berlangsung dari 17 hingga 20 Mac 2011. Ini merupakan kali pertama saya mengikuti program seumpama ini.

Secara kebetulan, saya mengambil cuti ketika pesta itu berlangsung. Saya mengajak kawan fotografi ke pesta tersebut. Kami bertolak dari Shah Alam kira-kira 10pagi dan tiba di Putrajaya dalam 11pagi. Agak mengecewakan kerana tiada satu belon pun yang terbang pada ketika itu. Saya diberitahu belon-belon tersebut telah terbang pada pukul 7pagi tadi. Acara perlepasan belon seterusnya akan diadakan pada jam 6petang. Bermakna 7 jam dari masa saya sampai.

Kami memutuskan untuk tidak tunggu sehingga pukul 6 kerana terlalu lama. Jadi, buat sementara waktu, kami berlegar-legar di ruang karnival dengan mengambil gambar badut dan orang ramai.Haha. Helikopter dari “Sabah Air” turut menyertai program ini. Orang ramai dibenarkan untuk menaiki helikopter itu selama 5-7minit dengan bayaran sebanyak Rm130.

Setelah masing-masing penat dan bosan, kami pun beredar ke Shah Alam kira-kira pukul 2.30petang. Perasaan kecewa mula terbentuk apabila melihat jurugambar yang lain dapat mengambil gambar belon secara dekat pada sesi awal pagi. Nasib saya baik. Esok merupakan hari terakhir pesta itu dan saya tekad untuk datang awal pagi untuk mengambil gambar belon-belon tersebut.

HARI TERAKHIR; 20/3/2011

7.30pagi : Bertolak dari Semenyih terus ke Putrajaya mengambil masa kira-kira 30min.Tiba di Putrajaya kira-kira 8pagi.

Dari tempat letak kereta, saya sudah nampak beberapa buah belon telah terbang di udara. Tetapi ada 1-2 belon masih belum kembang.Jadi saya ambil kesempatan ini untuk mengambil gambar secara dekat. Hanya jurugambar sahaja yang dibenarkan berada dikawasan “pemasangan” belon udara.

Saya dikerumuni oleh kira-kira 20-30 jurugambar yang masing masing ingin mengambil gambar secara dekat. Disebabkan saya guna lensa biasa iaitu 55mm, jadi saya perlu berada betul-betul dekat dengan bakul belon untuk mengambil gambar; biarpun terpaksa berasak-asak dengan orang yang lain. Semuanya berjalan lancar. Saya dapat apa yang saya mahukan. Iaitu gambar belon secara dekat dan semasa juruterbang belon menyalakan api dan sebagainya.

Setelah puas hati dengan hasil yang diambil, saya seterusnya berlegar-legar di kawasan tersebut sehinggalah saya terserempak dengan seorang anggota Rela. Disebabkan perasaan ingin tahu mengenai sukan Paramotor; saya kini menemubual anggota tersebut.

Saya : Assalammualaikum, Encik…

Rela (EN Rajab): W’salam..Ya, boleh saya bantu.?

Saya: Saya nak tahu, tadi ada pengumuman cakap hari ni ada nak buat rekod? (Malaysia book of records)

Rela : Ohh…memang ada, diorang nak buat formasi…Jumlah paramotor sebanyak 30…Tahun ni lagi banyak dari tahun lepas..

Saya : oooo…Jadi sekarang dah ada dalam 12 buah..Diorang berlepas (take-off) dari mana Encik?

Rela : Diorang berlepas dari presint 20…jauh dari sini..

Saya : ooo..patutlah tak nampak…ingatkan takeoff kat sini je..saya tengok benda ni macam menarik..Encik Rajab pernah naik?

Rela : Pernah…Nak naik paramotor ni kena training dulu..tak boleh main bawak jer…

Saya : Wah, saya tak sangka pulak yang En Rajab pernah terbang dengan Paramotor. Jadi senanglah saya nak tanya soalan.

Rela : Boleh…

Saya : Berapa lama minyak (endurance) paramotor ni En Rajab?

Rela : Kira-kira 2jam untuk tangki penuh..

BEGINI….En Rajab tunjukkan cara pengendalian sukan Paramotor

 

 

 

 

 

Saya : ooo..lama la jugak tu..Saya nampak, mereka kena lari dulu sebelum berlepas..

Rela : ya memang…Sebab nak bagi payung tu kembang, baru kita berlepas dengan kuasa kipas…

Saya : ooo..patutlah…Sama macam masa landing, diorang perlu lari sebelum berhenti..

Rela : Haha..memang lah..kalau tak boleh patah kaki…

Saya : Selalunya, berapa darjah maksimum boleh pusing? (Angle of Bank)

Rela : Dalam 30darjah hingga 35darjah..

Saya : Kalau terlebih?

Rela : Kalau terlebih ada kemungkinan tali boleh tersimpul..

EN RAJAB menunjukkan cara pendaratan sukan Paramotor

 

 

Saya :  Kalau sekiranya tali tersimpul? Apa yang perlu di buat En Rajab?

Rela : Kalau tali tersimpul, pilot tu kena cepat2 betulkan tali…

Saya : oooo…mcm tu pulak yer…Kelajuan dia berapa ya? Saya rasa dlm 30kts?

Rela : yer, dalam 30-35knots.

Saya : Bila kali terakhir En Rajab terbang dengan sukan ni?

Rela : Lama dah…

 

KENANGAN…En Rajab menceritakan pengalamannya

 

 

Ketika kami rancak berbual mengenai sukan ini…Tiba-tiba kami dikejutkan dengan bunyi kuat dan jeritan orang ramai…

Rela : Ada satu Paramotor tersangkut di tiang lampu..!!

Orang ramai yang secara kebetulan berada berdekatan mula mengerumuni kawasan tersebut dan apa yang dapat saya dengar ialah, bunyi “shutter” kamera mula kedengaran dengan banyaknya…Hahaha……Bukannya nak tolong!


TERSANGKUT…


CEMAS…


SELAMAT….Juruterbang tunjukkan isyarat “baik” kepada orang awam.

 

Kira-kira 5minit kemudian, bantuan sampai dengan menaiki sebuah trak untuk menurunkan beliau.

 

 

SELAMAT…Tangan diangkat sebagai simbolik..

Setelah beliau turun dengan selamatnya, apa lagi, saya dan jurugambar lain mendekati juruterbang tersebut untuk sesi temubual.

CERITA SAAT GETIR…

Juruterbang melaporkan bahawa salah satu kipas (blade) telah patah menyebabkan dia kehilangan “thrust” dan memaksa beliau untuk “glide”

Juruterbang menunjukkan lokasi dimana kipasnya patah.

Dikerumuni oleh orang awam

 

PUNCA…Salah satu bilah kipas patah semasa penerbangan dibuat memaksa juruterbang untuk mendarat cemas

 

Setelah keadaan kembali menjadi reda, saya kembali bertemu En Rajab dan mengucapkan terima kasih di atas maklumat dan masa yang diluangkan. Saya terus beredar ke perkarangan presint 2 dan dapati belon udara seperti hilang kawalan. Jadi saya dekati kawasan terbabit dengan bantuan anggota Rela (pembantu EN Rajab) untuk memasuki kawasan belon untuk menemubual juruterbang belon.

TUMBANG…Belon dilihat tumbang dan kempis

Saya kemudian mendekati orang ramai yang beratur menunggu giliran dan juruterbang belon kelihatan berdekatan untuk menerangkan keadaan kepada orang ramai.

Beliau mengatakan bahawa faktor cuaca seperti suhu panas dan angin kuat menyebabkan keadaan tidak selamat untuk menaiki belon ketika itu. Tambah beliau, jika ada orang ramai yang ingin duit dipulangkan boleh berbuat demikian di kaunter berdekatan.

“Maaf, keadaan tidak selamat untuk menaiki belon sekarang.

Saya kemudian beredar dari kawasan itu sebelum pulang. Selesai sudah misi untuk membuat “liputan” acara ini.

 

Sekian, Laporan saya dari Putrajaya.

Untuk lihat gambar sila rujuk => https://www.facebook.com/album.php?id=100000560508381&aid=57964

Terima Kasih kerana membaca.

Advertisements

6 Comments »

  1. mangchik Said:

    rajin nyer pilot ni 😀

  2. Sarah M. Said:

    some of the balloon photos at your Facebook are very nice 😀
    you should upload more pictures ! (:


{ RSS feed for comments on this post} · { TrackBack URI }

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: