Archive for Accidents

We have moved..!

Dear readers,

I would like to inform you, with effective of 12/05/2011, I will move this blog to a new blogspot address. As far as I’m concern, blogspot provide more features compared to wordpress . Rest assured that this blog will not be deleted, as some of the pictures link are from this wordpress address. Be advised, no more update will be provided here at rezolles.wordpress.com .

My new blog address => http://rezolles.blogspot.com

Lelaki maut kereta rempuh tiang papan tanda

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki berusia 20 tahun terbunuh apabila kereta dipandunya terbabas dan melanggar tiang papan tanda di Lebuhraya Persekutuan dari pusat bandar raya menghala Petaling Jaya berhampiran pusat beli-belah Mid Valley, di sini, awal pagi semalam.

Usaha mengeluarkan mangsa, Sayyid Mohammad Hasiff Ab Latif, 20, yang tersepit mengambil masa lebih 30 minit sebelum mayatnya dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL), di sini, untuk bedah siasat.
Dalam kejadian kira-kira jam 5 pagi itu, mangsa yang bersendirian gagal mengawal kenderaan sebelum merempuh papan tanda berkenaan.

Ketua Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, Deputi Superintendan Abdullah Roning ketika dihubungi berkata mangsa yang memandu kereta Honda CRV hitam gagal mengawal kenderaan disebabkan jalan licin.
“Mangsa yang dalam perjalanan ke tempat kerja terbabas ke kiri jalan sebelum merempuh tiang papan tanda di kawasan berkenaan. “Mangsa yang parah di kepala dan badan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.

Gambar ihsan dari U-wartawan (Zapa Cutekoreanstyle)

Menurutnya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Mangsa merupakan pelajar APFT dari Batch 26.

Al-Fatihah.

Source:http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Lelakimautkeretarempuhtiangpapantanda/Article/index_html

Pesawat AirAsia terbabas: Lapangan Terbang Kuching masih ditutup

KUALA LUMPUR: Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching yang ditutup sejak malam tadi selepas pesawat AirAsia terbabas ketika mendarat, dijangka terus ditutup untuk semua penerbangan sehingga diberitahu kelak.

Malaysia Airports Berhad (MAB) memberitahu Bernama sebanyak 24 penerbangan
terjejas setakat 11 pagi ini.
Hanya satu penerbangan dibenarkan berlepas dari lapangan terbang itu pada jam 7.30 pagi ini iaitu MH2505 ke Kuala Lumpur, kata MAB.

 

Penerbangan lain yang terjejas termasuk 11 membabitkan AirAsia, lapan Penerbangan Malaysia dan lima penerbangan MASWings.

Penumpang yang berkenaan dinasihatkan agar menghubungi syarikat penerbangan
masing-masing bagi mengetahui perkembangan lanjut mengenai perkara itu.

MAB berkata dalam kejadian jam 10.02 malam itu, penerbangan AK5218 yang berlepas dari Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) Kuala Lumpur terbabas dari landasan ketika mendarat dalam keadaan hujan lebat.

Usaha mengalihkan pesawat itu sedang dilakukan namun berdepan kesukaran
berikutan keadaan hujan lebat yang melanda sejak semalam, kata MAB.

Sementara itu Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha memberitahu
pemberita hari ini, pesawat itu membawa 124 penumpang dan enam anak kapal.


Empat penumpang mengalami cedera ringan dan dirawat di hospital di Kuching,
katanya ketika ditemui selepas merasmikan Persidangan Maritim Kebangsaan di
sini. – Bernama

http://www.hmetro.com.my/articles/PesawatAirAsiaterbabas_LapanganTerbangKuchingmasihditutup/Article

Nahas pesawat Iran Air: 77 terbunuh

TEHERAN: Iran memulakan siasatan terhadap kemalangan pesawat penumpang negara itu yang terhempas dan membunuh 77 orang serta mencederakan ramai yang lain, semalam.

Pesawat Boeing 727 Iran Air itu terhempas kira-kira jam 7.45 malam (12.15 pagi semalam waktu Malaysia) berhampiran bandar Orumiyeh ketika salji tebal dan berkabus.
Media Iran melaporkan, pesawat itu berlepas dari Lapangan Terbang Mehrabad.

Menurut televisyen Iran, daripada 105 penumpang dan anak kapal dalam pesawat itu, 77 terbunuh dan berpuluh lagi cedera.
Pesawat itu dikatakan usang dan mula digunakan di Iran sejak 1974.
Rakaman televisyen menunjukkan, pesawat malang itu putus tiga dan terbenam dalam salji, manakala sesetengah mayat ditutup dengan selimut tidak jauh dari situ.

 

Pegawai Bulan Sabit Merah Iran berkata, kemalangan itu mungkin menjadi lebih buruk jika berlaku kebakaran.
“Ketika kemalangan, ada 94 penumpang di dalamnya bersama 11 anak kapal,” lapor agensi berita ISNA.

Sementara itu, Ketua Panel Krisis Kementerian Pengangkutan Iran, Ahmad Majidi, berkata seorang daripada penumpang yang hilang dan dipercayai terbunuh, ditemui selamat beberapa jam kemudian.
“Mangsa tercampak ke luar dan lambat ditemui, tetapi dia kemudian dikejarkan ke hospital di Orumiyeh,” katanya.
Bagaimanapun, setakat malam tadi, seorang lagi penumpang belum ditemui.
Kata Ahmad, kemalangan itu berpunca daripada cuaca buruk.
“Berdasarkan saksi, juruterbang gagal mendarat di lapangan terbang Orumiyeh kerana faktor cuaca dan berpatah balik ke Teheran.
“Namun, atas sebab yang tidak diketahui pesawat itu terhempas lapan kilometer dari lapangan terbang,” katanya.
ISNA melaporkan, pesawat terpakai itu diterima Iran Air pada 1974. – AFP

 

Source:http://www.hmetro.com.my/articles/NahaspesawatIranAir_77terbunuh/Article

Juruterbang helikopter terhempas dikenal pasti

IPOH: Mangsa nahas helikopter yang terhempas di Malim Nawar, petang tadi dikenal pasti sebagai Inspektor Mohd Shukri Othman, 31, dari Unit Latihan Polis Udara Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Allahyarham yang sedang mengikuti kursus latihan penerbangan di Integrated Training And Services berpusat di Terminal Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah, maut apabila helikopter yang dipandunya terhempas sebelum terbakar di sebuah kawasan lombong di Malim Nawar jam 3 petang.

Beliau berasal dari Permatang Tok Gelam, Seberang Perai, Penang meninggalkan seorang balu berusia 28 tahun anak lelaki berumur setahun lebih.

Ketika kejadian, Allahyarham sedang mengendalikan penerbangan solo dengan pesawat pelatih milik syarikat penerbangan swasta itu.

Helikopter jenis Robinson 44 (R-44), dengan empat tempat duduk itu dipercayai hilang kawalan ketika berada di ruang udara lalu terhempas dan terbakar.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Juruterbanghelikopterterhempasdikenalpasti/Article

Pesawat APFT tergelincir dari landasan semasa mendarat.

KOTA BHARU: Sebuah pesawat syarikat penerbangan latihan swasta, Asia Pacific Flight Training (APFT) Kelantan tergelincir dari landasan ketika mendarat di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra sini hari ini.
Pengurus Besar dan juga Pengetua APFT, Datuk Mohd Khalid Ali berkata dalam kejadian itu berlaku semasa pesawat latihan jenis Eagle yang dipandu oleh seorang pelatih APFT dengan ditemani seorang jurulatih berpangkat kapten sedang mendaratkan pesawat berkenaan, pada kira-kira jam 3.30 petang.

“Ketika melakukan pendaratan, pesawat itu mendarat sebelum melompat sekali dan ketika lompatan itu pesawat berkenaan telah senget ke kanan menyebabkan pemegang tayarnya bengkok lalu tersasar keluar daripada landasan sejauh sepuluh meter,” katanya kepada pemberita di sini.

Beliau berkata pelatih itu, Mohd Hisham Mohd Nazir, 21, yang hanya mempunyai 11 jam latihan penerbangan, dan kapten, Meor Mohd Iqbal, 26, tidak mengalami sebarang kecederaan.

Katanya insiden itu kemungkinan berpunca daripada kurangnya pengalaman pelatih berkenaan namun disebabkan latihan yang komprehensif disediakan oleh pihak sekolah itu, maka sebarang insiden yang lebih teruk dapat dielakkan.

Mohd Khalid berkata pemegang tayar pesawat itu hanya bengkok sedikit dan APFT akan menyerahkan pesawat itu kepada Composite Technology Research Malaysia (CTRM) untuk dibaik pulih sebelum ia boleh digunakan semula.

Sambil menafikan kejadian sebagai satu insiden pendaratan cemas mahupun terhempas, beliau berkata sebaliknya ia hanyalah sebahagian daripada proses latihan di mana insiden sedemikian boleh berlaku namun ia di dalam situasi yang terkawal.

“Ianya macam belajar mengayuh basikal, anda mungkin akan terjatuh tetapi ia akan mengajar anda menjadi lebih mahir terutama ketika menghadapi saat yang tidak diduga,” katanya.- Bernama

Enjin pesawat terhenti di udara: Saksi

KULAIJAYA: Enjin pesawat ringan yang terhempas dan mengorbankan seorang juruterbang pelatih hari ini, dikatakan terhenti di udara sebelum pesawat Liberty itu menjunam lalu terhempas.

“Saya terdengar enjin pesawat tiba-tiba terhenti di udara sebelum saya melihat pesawat menjunam dengan berpusing-pusing dan terhempas ke bumi lalu meletup.

Ia jatuh hanya kira-kira 300 meter dari saya. Saya berlari ke tempat ia terhempas dan melihat seorang lelaki sedang merangkak keluar dari pesawat yang sedang terbakar.

“Lelaki itu meminta saya untuk membantu seorang juruterbang yang terperangkap di dalam pesawat tetapi saya tidak boleh buat apa-apa kerana api sudah marak,” katanya seorang saksi kejadian, Mohd Miswan Sukimin, 52.Pesawat dua tempat duduk itu terhempas di kawasan ladang kelapa sawit Sri Pulai berhampiran Kampung Sri Gunung Pulai di sini kira-kira 9.20 pagi tadi dan mengorbankan juruterbang pelatihnya, Dione Wong Yong Chin, 19, dari Taman Rinting, Masai.

Pemeriksa penerbangan dari Jabatan Penerbangan Awam (DCA) yang turut berada di dalam pesawat tersebut, Kapten Zaini Ramli, 38, cedera parah.

Seorang rakan Mohd Miswan membawa Zaini dengan motosikal ke pos kawalan di pintu masuk ladang itu, kira-kira dua kilometer dari tempat kemalangan. Zaini kemudian dihantar ke Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim di sini dengan kereta.
Mangsa kemudian dipindahkan ke Hospital Sultan Ismail (HSI) di Johor Baharu.

Beliau dikatakan mengalami kebakaran kira-kira 70 peratus badan tetapi keadaan beliau stabil dan boleh bercakap.

Keluarganya dijangka tiba dari Kedah malam ini.

Ketua Polis Daerah Kualijaya, Supt Zulkefly Yahya, berkata pesawat milik Akademi Penerbangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIFA) itu dilaporkan berlepas dari pangkalannya di Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Ismail di Senai, kira-kira 10 kilometer dari tempat kemalangan, pada 8.58 pagi.

Beliau berkata, pihak polis serta bomba dan penyelamat dari sini tiba di tempat kejadian 20 minit kemudiannya setelah dimaklumkan oleh saksi.

“Kita dapati mangsa yang meninggal berada di tempat duduknya dan kita hanya dapat mengeluarkannya kira-kira sejam kemudian,” katanya.

Keluarga Dione Zaini turut berada di rumah mayat Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim.

Ketua Pengarah DCA, Datuk Azharuddin Abd Rahman, ketika dihubungi, berkata Dione sedang menduduki ujian Lesen Juruterbang Persendirian (PPL) dan Zaini adalah pemeriksa penerbangannya. – BERNAMA

4Hours of darkness

None of us realized the importance of electricity until they are temporarily unavailable; including me. Everything seems to be stop for a while. Witness reported that there was sparks around the cable before the cable plunged down to earth. Fire bridged came to put off the fire before TNB came in to fix the cable.

This slideshow requires JavaScript.

The blackout fully recovered around 2.30AM after 4hours of darkness. Many thanks to dedicated TNB workers for their effort. Even working in a raining condition.

Plane carrying 152 crashes in Pakistan

ISLAMABAD – A passenger jet carrying 152 people crashed into the hills surrounding Pakistan’s capital amid rain Wednesday, officials said. At least five people were killed and five wounded, but many more were feared dead. The cause of the Airblue crash was not immediately clear, said Pervez George, a civil aviation official. He said the plane had left the southern city of Karachi at 7:45 a.m. for a two-hour scheduled flight to Islamabad and was trying to land during difficult weather.

Airblue is a private service based in Karachi, Pakistan’s largest city. “The plane was about to land at the Islamabad airport when it lost contact with the control tower, and later we learned that the plane had crashed,” George said, adding that the model of the plane was Airbus 321 and the flight number was ED202. Guards with the forestry service said they had found some wreckage and seen at least five dead bodies, said Imtiaz Inayat Ali, an official with Islamabad’s Capital Development Authority. Federal Interior Minister Rehman Malik said at least five wounded passengers had been rescued.

Pakistani news channels showed what appeared to be wreckage of the plane as a helicopter hovered above the heavily forested hills to assess the situation. Fire was visible and smoke was blowing up from the scene. The army said it was sending special troops to the area to help out along with helicopters. At the Islamabad airport, hundreds of friends and relatives of those on board the flight swarmed ticket counters desperately seeking information. A large cluster of people also surrounded the list of passengers on the flight, which was posted near the Airblue ticket counter. “Nobody is guiding anyone. People are running from one counter to another,” said Arshad Mahmood, whose brother, Maulana Nawab Ulhasan, a prayer leader in a town near Islamabad, was on the flight. “I’m praying for his survival, but I think there is little hope,” Mahmood said.

Arshad Ali said his cousin, Raza Ali, was supposed to be on the flight but missed it in Karachi on his way from Canada. “We are happy he missed the flight, but things here are in shambles at the airport,” Ali said. “For God’s sake, take care of the worried people, the relatives of those who were on the unfortunate plane. They have no information and are just running here and there.” Saqlain Altaf told Pakistan’s ARY news channel that he was on a family outing in the hills when he saw the plane looking unsteady in the air. “The plane had lost balance, and then we saw it going down,” he said, adding that he heard the crash. Officials at first thought it was a small plane, but later revised that. George said 146 passengers were on the flight along with six crew members.

Raheel Ahmed, a spokesman for the airline, said an investigation would be launched, but that for now the focus was to find survivors. The plane was no more than eight years old, and it had no known technical issues, Ahmed said. He added that to his knowledge, the pilots had not sent any emergency signals. Airblue flies within Pakistan as well as internationally to the United Arab Emirates, Oman and the United Kingdom. The only previous recorded accident for Airblue, a carrier that began flying in 2004, was a tailstrike in May 2008 at Quetta airport by one of the airline’s Airbus 321 jets. There were no casualties and damage was minimal, according to the U.S.-based Aviation Safety Network. The Airbus 320 family of medium-range jets, which includes the 321 model that crashed Wednesday, is one of the most popular in the world, with about 4,000 jets delivered since deliveries began in 1988. Twenty-one of the aircraft have been lost in accidents since then, according to the Aviation Safety Network’s database. The deadliest was a 2007 crash at landing in Sao Paolo by Brazil’s TAM airline, in which all 187 people on board perished, along with 12 others on the ground.

The last major plane crash in Pakistan was in July 2006 when a Fokker F-27 twin-engine aircraft operated by Pakistan International Airlines slammed into a wheat field on the outskirts of the central Pakistani city of Multan, killing all 45 people on board. In August 1989, another PIA Fokker, with 54 people onboard, went down in northern Pakistan on a domestic flight. The plane’s wreckage was never found. In September 1992, a PIA Airbus A300 crashed into a mountain in Nepal, killing all 167 people on board. Investigators found the plane was flying 1,500 feet lower than it reported as it approached the Katmandu airport. ____ Associated Press Aviation Writer Slobodan Lekic in Brussels, as well as AP Writers Ashraf Khan in Karachi and Zarar Khan in Islamabad contributed to this report.

http://news.yahoo.com/s/ap/20100728/ap_on_re_as/as_pakistan

Diamond Aircrafts Grounded

After the incident, all diamond aircraft in APFT was grounded until further notice. For Batch 24, principal granted for 1 week of leave and by the time, aircraft should be release.

No sortie for diamond aicrafts

UPDATE 06/06/2010:

Today, I saw the aircraft was parked at the hangar. Everything still in one piece, just a few acceptable scratch for the force landing. Good job Capt Naing.

This slideshow requires JavaScript.

P/S: All Diamond Aircraft (Except NRA) was released back by 6/6/2010 after investigation.

« Previous entries