Archive for Malaysia Airline Systems

We have moved..!

Dear readers,

I would like to inform you, with effective of 12/05/2011, I will move this blog to a new blogspot address. As far as I’m concern, blogspot provide more features compared to wordpress . Rest assured that this blog will not be deleted, as some of the pictures link are from this wordpress address. Be advised, no more update will be provided here at rezolles.wordpress.com .

My new blog address => http://rezolles.blogspot.com

Advertisements

MAS terima Boeing 737-800 pertama

PENERBANGAN Malaysia (MAS) menerima pesawat Boeing 737-800 generasi terbaru pertamanya semalam yang ditempah menerusi program penggantian barisan pesawat di bawah Pelan Transformasi Perniagaannya.

Menerusi program itu, syarikat penerbangan kebangsaan itu menempah 55 pesawat Boeing 737-800, 25 pesawat Airbus A330-300 dan enam Airbus A380 yang akan meletakkannya pada landasan kukuh menjadi syarikat penerbangan lima bintang.

Pengerusi MAS, Tan Sri Dr Munir Majid, berkata penerimaan pesawat sulung di bawah program penggantian pesawat kumpulan itu adalah satu langkah besar dalam usahanya meningkatkan mutu perkhidmatan kepada pelanggan.

Beliau berkata, MAS akan menerima dua lagi pesawat itu tahun ini dengan bakinya akan diterima secara berperingkat, manakala pesawat sulung Airbus A330-300 akan tiba April tahun depan dan Airbus A380 pada suku pertama 2012.

“Langkah penggantian barisan pesawat kumpulan akan menyegarkan semula perkhidmatan yang ditawarkan MAS dari segi teknologi dan kemudahan dimiliki pesawat baru berkenaan,” katanya pada sidang media selepas majlis menyambut ketibaan pesawat sulung Boeing 737-800 milik MAS di Terminal Subang Skypark, semalam.

Hadir sama Pengarah Urusan merangkap Ketua Eksekutif MAS, Tengku Datuk Seri Azmil Zahruddin.
Dr Munir berkata, MAS menjadi syarikat penerbangan perkhidmatan penuh pertama di dunia mengendalikan pesawat Boeing 737-800 dilengkapi dengan Reka Bentuk Dalaman Boeing Skyline.

“Penerbangan sulung pesawat ini dijadualkan pada 15 November ini dengan yang pertama dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu diikuti penerbangan komersial dari Kota Kinabalu ke Haneda, Jepun,” katanya.

Setiap pesawat Boeing 737-800 dianggarkan bernilai AS$70 juta (RM215 juta) dan mempunyai kapasiti 160 penumpang iaitu 16 tempat duduk kelas perniagaan serta 144 tempat duduk kelas ekonomi.

Sementara itu, Tengku Azmil berkata barisan pesawat baru MAS itu berupaya mengendalikan pelbagai jenis sektor penerbangan membabitkan laluan jarak dekat atau jauh manakala reka bentuk pesawat itu berupaya menjimatkan penggunaan bahan bakar.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/MASterimaBoeing737-800pertama/Article

My First SOLO (APAC 2458)

Total Hours : 12:55

Aircraft : DA40 Registration 9M-NRE

Instructor : Capt Myo (APAC 17)

“Congrats weh ARNI”…. Thats the exact word came out from most of my friend from Batch 23. I considered my self lucky flying for SOLO in the afternoon and landed safely.Capt Myo also said, for the first SOLO, it is advisable to fly in the early morning or late afternoon. But never mind. I Airboned safely after Airbus (A320) took off about 12.50PM using callsign 17Sierra.

My solo aircraft.

Let me begin with my Solo check.

I did solo check with Capy Myo first before cleared for first Solo. We safely airboned around 12PM in the afternoon. After did around 5touch n go and 1 glide circuit, he cleared me for Solo.

Capt Myo : Ground APAC 17, request taxi for dispersal.

GND : 17 Cleared taxi for dispersal.

Capt Myo: Cleared taxi for dispersal, err mdm, I’m going to release my student for his 1st SOLO after this without shutdown the engine

GND : Roger 17.

So I did taxi back to dispersal, and did 180’turn. He wished me goodluck and stay calm before he went off from the plane with engine running.

I’m alone now.

ME : Ground APAC 17Sierra, ready for taxi

GND : 17Sierra, taxi holding point charlie contact tower.

ME : Taxi holding point charlier contact tower APAC 17Sierra.

Just before taxi, check the brake and follow the yellow line as per usual,. At holding point charlie, I changed to TOWER frequency.

ME : TWR Afternoon, APAC 17Sierra at holding point charlie

TWR: 17Sierra, hold at charlie, expect departure after Airbus

ME : Roger, hold at charlie and expect departure after Airbus 17Sierra

This is it..


After about 10mins hold and Airbus safely took off ,

TWR : 17 sierra cleared line up backtrack RWY one zero

ME : cleared lineup backtrack RWY one zero 17sierra.

ME : APAC 17sierra, READY

TWR: 17Sierra, 1000ft right turn cleared for takeoff.

ME : cleared for takeoff right turn 1000ft, APAC 17sierra.

TWR : APAC 11, taxi holding point charlie behind departing traffic (APAC11 was holding at Bravo)

Airbone safely and followed what I’ve been taught, shorten the story, on Final,

ME : 17Sierra, final to Land.

TWR: Surface wind *** at 11kts cleared to land.

ME : Cleared to land 17sierra.

huh..11kts. So I aim to the centre line. After roundout, my aircraft suddenly pushed to the right of centreline..So I applied a bit left aileron and opposite rudder to compensate.Thank you Capt Nay for taught me this.

Round out…

Reduce Power…

Flare…

(Aircraft Balloning)

Maintain…Sink pull hold!

BumP…….main wheel….aircraft going up again…

WHAT?..

I pitched up a bit… sink…pitched up hold…then BUMP…this time land..

HAHAHA…weyh…malu siott…2x bump!

TWR : 17sierra, vacate via taxiway charlie, contact ground

ME ; vacate via charlie contact ground tahnk you sir, 17sierra.

—–

Approaching Taxiway charlie,

ME : Ground, 17sierra at holding point charlie, request taxi for dispersal.

GND : 17sierra, cleared taxi dispersal

ME : cleared taxi for dispersal, apac 17sierra, thank you mdm

GND : welcome…

Safely shutdown the engine..and capt Myo approached me…CONGRATULATIONS…bring your FTR and see me ok…

ME:OK sir..Sir, you saw my landing?

Capt Myo: HAHAHA…yes yes…

ME : AC ballooning sir..two times bounce

Capt Myo : Yes yes..haha..i saw that..good u are safe..

ME : fuh.. thank you sir..I’ll be there in few mins..

CaptMyo : yes yes..ok..

After Capt Myo left, one of the senior approached me and record video below :

This date, will be one of the most historical date in my life. I will remember this date in my flying career . 06/06/2010.

Debu Iceland: 10,000 penumpang terkandas di Eropah

LONDON: Debu akibat letusan gunung berapi Eyjafjoell di Iceland yang kembali memenuhi ruang udara menyebabkan lebih 10,000 penumpang terkandas apabila kebanyakan lapangan utama di Eropah menutup operasi.

Di Belanda, lebih 500 penerbangan masuk dan keluar dari lapangan terbang Schiphol, Amsterdam dibatalkan selepas lapangan terbang itu ditutup lebih tujuh jam.

Di lapangan terbang Heathrow di London, lapangan terbang paling sibuk di Eropah dan juga lapangan terbang London Gatwick, juga menyaksikan kebanyakan penerbangan ditangguh atau dibatalkan terus selepas ditutup lebih enam jam.

Syarikat penerbangan British Airways, KLM (Belanda) dan Ryanair, syarikat penerbangan tambang murah Ireland, dikatakan kecewa dengan peraturan penerbangan yang amat ketat.

Mereka dilaporkan mengkritik peraturan berkenaan yang dianggap amat keterlaluan.

Kira-kira 1,000 penerbangan di Eropah dibatalkan semalam, kata Eurocontrol, agensi yang menyelaras trafik udara di Eropah. – AFP

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/DebuIceland_10_000penumpangterkandasdiEropah/Article

Untung bersih suku pertama MAS RM310j

PENERBANGAN Malaysia (MAS) memulakan 2010 dengan cemerlang apabila mencatat keuntungan bersih RM310 juta bagi suku pertama tahun kewangan berakhir 31 Mac lalu, meningkat lebih RM1 bilion bagi tempoh sama, tahun lalu.

Tahun lalu, syarikat penerbangan kebangsaan itu mencatat kerugian kira-kira RM710 juta.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Tengku Azmil Zahruddin (gambar), berkata pihaknya turut mencatat keuntungan operasi RM290 juta, meningkat RM431 juta berbanding suku pertama 2009.

“Antara faktor menyumbang kepada peningkatan ini berikutan ganti rugi yang diterima kerana kelewatan penghantaran pesawat A380 yang ditempah,” katanya pada sidang media mengumumkan prestasi suku pertama tahun kewangan 2010 di Kelana Jaya, semalam.

Beliau berkata, perolehan syarikat turut mencatat peningkatan 21 peratus kepada RM3.3 bilion berbanding RM2.7 bilion tahun lalu.

“Peningkatan turut dicatat membabitkan trafik MAS yang merekod pertumbuhan 29 peratus, jauh melebihi pertumbuhan trafik bagi rantau Asia Pasifik sebanyak 12 peratus seperti dilaporkan Persatuan Penerbangan Asia Pasifik (AAPA),” katanya.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/UntungbersihsukupertamaMASRM310j/Article

Malaysia Airlines Cadet Pilot -Update

I called MAS HR today and asked about the current status. PN Mahizun, HR officer in charged told me that for those who already in flying school, MAS will put aside the application for direct intake next year. She didnt mention the exact date but it is next year..Hehe..Just nice..Expecting to graduate in next year maybe =p.

So, for those who got called from MAS, wish you guys all the best. For those who already in flying school, wait and pray for the next year direct intake =}

MAS tambah 5 penerbangan ke Ho Chi Minh

PENERBANGAN Malaysia (MAS) menambah lima lagi penerbangan ke Ho Chi Minh City, bandar raya terbesar di Vietnam, menjadikan jumlahnya 19 penerbangan tanpa henti seminggu.

Pengurus Besar Kanan (Jaringan Penerbangan dan Pengurusan Hasil) MAS, Dr Amin Khan berkata, penambahan itu berikutan permintaan tinggi.
“Kapasiti penumpang menunjukkan peningkatan dengan purata 75 peratus,” katanya dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur, semalam.
Katanya, kekerapan penerbangan itu akan memberi pilihan kepada pelanggan bagi memenuhi keperluan rancangan penerbangan mereka.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/MAStambah5penerbangankeHoChiMinh/Article

MASwings tamat khidmat pesawat Fokker 50 di Sabah, Sarawak

KOTA KINABALU: MASwings mengumumkan penamatan perkhidmatan pesawat Fokker 50 (F50) di Sabah dan Sarawak, berkuatkuasa hari ini. Pengerusi Malaysia Airlines, Tan Sri Mohd Munir Majid, berkata ia susulan berakhirnya proses menggantikan semua lapan pesawat F50 dengan 10 unit pesawat ATR72-500.

Fokker 50 yang akan ditamatkan servisnya

Katanya, program penggantian pesawat itu membabitkan pelaburan berjumlah RM700 juta, sekali gus mencerminkan komitmen Malaysia Airlines dalam mengukuhkan perkhidmatan pengangkutan udara di kedua-dua negeri itu. Beliau berkata demikian di sini, hari ini.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/MASwingstamatkhidmatpesawatFokker50diSabah_Sarawak/Article

Syarikat penerbangan kerugian melebihi AS$1.7 bilion: IATA

BERLIN: Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) berkata gangguan perjalanan udara Eropah susulan kejadian awan hitam gunung berapi baru-baru ini menyebabkan industri itu mengalami kerugian sekurang-kurangnya AS$1.7 bilion.

IATA berkata, syarikat penerbangan mengalami kerugian perolehan AS$400 juta setiap hari bagi tempoh tiga hari pertama.

Ketua eksekutif kumpulan, Giovanni Bisignani, berkata skala gangguan itu adalah lebih buruk berbanding 11 September 2001, iaitu serangan pengganas di Amerika Syarikat (AS). Beliau berkata, ada satu ketika 29 peratus daripada penerbangan global dan 1.2 juta penumpang terjejas akibat arahan penutupan ruang udara oleh kerajaan, kerana bimbang risiko awam debu hitam itu terhadap pesawat. – AP

MAS tambah penerbangan bawa pulang rakyat terkandas di Eropah

Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) akan menambah penerbangannya ke Rom bagi membawa pulang rakyat negara ini yang terkandas di Eropah, berikutan letusan gunung berapi di Iceland yang menyaksikan sejumlah lapangan terbang di benua itu ditutup. Kenyataan Wisma Putra hari ini berkata pihak berkuasa penerbangan awam Perancis telah menjalankan penerbangan ujian di beberapa koridor pagi ini bagi memastikan tahap keselamatan. “Jika penerbangan itu berjaya dan tidak ada kerosakan pada pesawat, agensi itu akan membenarkan sejumlah pesawat untuk terbang ke lapangan terbang Paris-Charles de Gaulle dan Paris-Orly tetapi hanya dari arah selatan Perancis, bermakna penerbangan jarak dekat,” kata kenyataan itu.

Kenyataan itu berkata, keutamaan agensi itu adalah penerbangan tertunda bermula dengan penerbangan jarak dekat diikuti serantau dan akhirnya penerbangan jarak jauh yang hanya dibenarkan memasuki ruang udara Paris menerusi arah tenggara Perancis. Kenyataan itu berkata, penerbangan MH 7015 akan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Rome-Fiumicino menghala ke Kuala Lumpur pada pukul 1.40 petang, Khamis ini.

Kedutaan Malaysia di Paris kini membuat persediaan untuk rakyat Malaysia yang terkandas di Perancis mendapatkan tempat dalam penerbangan itu serta mengatur bas sewa khas bagi membawa mereka ke Rom dan akan bertolak dari Trocadero pada jam 10.30 pagi esok. Untuk maklumat lanjut rakyat Malaysia yang juga penumpang MAS boleh menghubungi Ridduan Mohd Noor di talian +336 4334 2493. -Bernama

« Previous entries